Tuesday 22 February 2011

Tokoh ; Muallaf

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551
DISEDIAKAN OLEH:
Jamilah Binti Jamal Perumal
No Matrik : 2010269362
Kumpulan: BMB2Ac
PROGRAM:
Sarjana Pentadbiran Perniagaan(Kepujian)
Pengurusan Sumber Manusia
(BM223)
TARIKH HANTAR:
28February 2011

Tajuk :Tokoh Muallaf

Isi Kandungan
1.Abstrak
2.Pendahuluan
3.Latar Belakang Muallaf
4.Faktor Memeluk Muallaf
5.Tentangan Memeluk Islam
6.Harapan
7.Kesimpulan
8:Bibliografi



Abstrak
Tajuk tugasan ini berkenaan Muallaf.Maksud 'muallaf' ialah orang yang cenderung hatinya untuk memeluk Islam.Merujuk kepada firman Allah s.w.t dalam surah al-Taubah ayat 60 berkenaan dengan 8 asnaf yang layak menerima zakat, yang dimaksudkan dengan kalimah ' wal muallafati qulubuhum ' ialah dikhususkan kepada orang yang hatinya cenderung kepada Islam dan ingin memeluk Islam (semasa dia mula berjinak-jinak dengan Islam).“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? (QS Az Zumar : 22)

Pendahuluan
Segala puji bagi Allah SWT ,Tuhan Seru Sekalian Alam.Selawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Nabi Muhammad SAW kepada keluarganya yang suci dan kepada sahabat-sahabat baginda.Kepada Ayah saya Jamal Perumal Bin Abdullah.terima kasih diucapkan atas segala panduan beliau untuk saya menulis mengenai beliau dan tidak jemu menjawab segala pertanyaan anaknya ini.Tidak lupa jutaan terima kasih saya hulurkan kepada Pensyarah CTU iaitu Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin atas tunjuk ajar beliau dan juga kepada rakan-rakan atas dorangan dan bantuan.Hanya Allah mampu membalasnya.Alhamdulilah saya telah berhasil menyiapkan tugasan ini dengan baiknya,tidak lain hanya kerana rahmat dan rahimNYA jua saya mampu menghabiskan tugasan ini.Tak cukup rasanya segala pujian untuk saya berikan kepadanya kerana bergetar hati ini apabila mengingatiNYA dan sesungguh malu jiwa ini kerana terlalu banyak melakukan dosa dan maksiat.Allah adalah  Tuhan Pemberi Segalanya, yang telah menunjukkan sesiapa yang diberi petunjuk.Semoga tugasan ini memberi manafaat kepada semua dan sekiranya Allah memberi pahala dalam penulisan ini maka pahala tersebut saya hadiahkan kepada ibu saya yang tercinta atas kasihnya
Salam atasmu wahai Rasullah,
Salam atasmu wahai kekasih Allah
Salam atas kalian wahai para imam yang disucikan
Lewat kalian saya berharap semoga Allah ampuni dosa-dosa ibunda dan menerimanya di sisi NYA.amin
.Sekian Terima Kasih.
Nama : Jamal Perumal Bin Abdullah

Latar Belakang Tokoh Mualaf
Nama penuh beliau Jamal Perumal bin Abdullah. Nama beliau sebelum memeluk islam ialah Perumal a/l K. Suppiah. Beliau dilahirkan pada 26 May 1954 di Ayer Itam,Pulau Pinang. Nama ibu beliau ialah Kullamah a/p Maniam dan bapanya bernama K.suppiah a/l Mahadevan. Sekarang beliau menetap di Butterworth ,Pulau Pinang. Beliau merupakan anak ke-9 daripada 10 orang adik beradik.tahap  pendidikan beliau hanya di tahun 6.Semasa beliau berumur 15tahun ibu bapa beliau telah berpisah akibat masalah rumah tangga yang rumit dan semenjak itu beliau tidak pernah bertemu bapa beliau lagi dan beliau dan adik beradiknya dijaga sepenuhnya oleh ibunya.Semasa berumur awal 30tahun selepas beliau memeluk islam.beliau telah berkahwin dengan seorang wanita islam.Wanita terbabit bernama Wan Jam Binti Hassan dan beliau telah dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu seorang lelaki bernama Mohd Yusdi Bin Jamal Perumal dan sekarang berusia 23 tahun.manakala yg seorang lagi perempuan bernama Jamilah Binti Jamal Perumal berumur 21tahun.Semasa berumur 20 tahun beliau telah berhijrah ke Butterworth untuk mencari peluang pekerjaan yang baik dan beliau telah diterima bekerja di Gold Coin Sdn Bhd sebagai Operator Pengeluaran.Selepas 7tahun beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Kesatuan Pekerja dan beliau telah menjaga hal ehwal pekerja dengan baik.Semasa beliau menimang cahaya mata yang pertama beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia di kilang terbabit dan menjawat jawatan itu sehingga kini.Selepas 5tahun anak kedua beliau dilahirkan,isteri beliau telah meninggal dunia akibat serangan jntung berlubang.Selama 10 tahun beliau menduda dan akhirnya pada tahun 2008 beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita bernama Fatimah binti Mokhtar.Kini beliau bahagia.


Faktor-Faktor Memeluk Islam.
Walaupun beliau dilahirkan beragama Hindu tetapi beliau tidak pernah mengamalkan ajaran Hindu.Ibunya seorang yang berpegangan kuat pada ajaran Hindu dan apabila ibunya mengajak beliau ke kuil , beliau enggan.Apabila dipaksa oleh ibunya,beliau akan lari dr rumah selama dua hari,Semenjak itulah ibunya tidak lagi memaksa beliau semasa awal umur beliau 22tahun beliau menyedari yang jiwanya kosong dan beliau ingin  mencari pegangan dalam hidupnya dan akhirnya semasa beliau berkerja di Gold Coin Sdn Bhd,beliau telah berkenalan dengan seorang ustaz.Beliau begitu terpikat dengan akhlak dan tingkah laku usstaz berkenaan yang bernama Zahid Bin Abu Bakar.Beliau terpegun apabila melihat kesabaran ustaz terbabit apabila beliau sebagai penyelia memarahi pekerja bawahan beliau,tetapi ustaz berkenaan mampu lagi memberi senyuman walaupun dimarahi.Sejak itulah beliau mengagumi ustaz berkenaan dan beliau ingin mempelajari dari mana ustaz itu boleh mempamerkan tingkah laku yang baik.Semenjak itulah beliau rapat dengan ustaz berkenaan dan beliau telah melihat keindahan Islam.Beliau begitu terpikat dan beliau telah mempelajari agama islam daripada ustaz itu.Akhirnya semasa berumur 23tahun beliau secara sukarela telah memeluk islam dengan mengucap dua kalimah syahadah. Tanpa terasa air mata kemenangan berlinang, sehingga suasana menjadi hening sejenak, keharuan amat terasa saat peristiwa bersejarah dalam hidup beliau itu berlangsung. Usai mengucap dua kalimat syahadat, nama beliau ditukar  kepada Jamal Perumal bin Abdullah dan nama asalnya Perumal telah dikekalkan.


Tentangan Selepas Memeluk Islam
Pada peringkat awal pemelukan beliau dalam Islam.Adik beradik beliau menentang habis-habisan kerana mereka berpendapat yang beliau ingin menukar identiti dan ingin memutuskan tali persaudaraan mereka adik beradikttambahan pula ibunya yang begitu kuat memegang ajaran hindu turut menentang beliau memeluk  islam.Beliau tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah semenjak itu kerana keluarganya enggan memerima beliau lagi.Beliau hanya mampu berdoa kepada Allah dan yakin hanya masa yang mampu memperbaiki keretakan itu.Keretakan itu tidak menggoyahkan iman dan Islam beliau, karana beliau yakin akan kasih sayang Allah SWT, senantiasa tetap memelihara beliau dalam lindungan-Nya.Selepas 3tahun beliau memeluk Islam,beliau mendengar khabar daripada adik perempuannya yang ibunya telah mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala akibat terjatuh dalam bilik air.Adik beradik beliau telah membawa ibu mereka ke rumah beliau dan  menyuruh beliau menjaga ibu mereka kerana mereka enggan menguruskan ibu mereka.Beliau dengan sayu hati melihat keadaan ibunya telah merawat ibunya sehingga pulih.Lebih kurang 5 bulan beliau bersusah payah seorang diri menguruskan ibunya,akhirnya ibu beliau menyedari bahawa walaupun dia telah membuang anaknya itu tetapi anaknya tidak pernah membuangnya.Ibunya juga menyedari walaupun berbeza agama tetapi anaknya tidak pernah mengabaikanya,makan minum dijaga elok,dan tidak pernah sekali pun ibunya mendengar anaknya mengeluh kerana menjaganya.Ibunya juga terkejut melihat perubahan anaknya.Dahulu anaknya seorang yang panas baran dan pemalas tetapi kini anaknya seorang yang sangat penyabar dan rajin.perwatakan negatif anaknya berubah setelah memeluk islam dan akhirnya ibu beliau akur yang anaknya telah memeluk islam dan ibunya menerima anaknya semula dalam hidupnya.2tahun lepas,beliau telah berjaya membawa ibunya  memeluk islam secara sukarela.


Harapan Beliau
Beliau bersyukur kepada allah S.W.T kerana beliau telah dipertemukan dengan insan iaitu Ustaz Zahid bin Abu Bakar kerana telah memberi penjelasan dan contoh taulan tentang islam secara jelas dan menyakinkan, selain menerusi pembacaan.Beliau berhajat untuk menunaikan rukun islam yang kelima iaitu menginjakkan kaki ke rumah Allah jikalau umur dan kesihatannya baik. Selain itu beliau juga ingin mempelajari lebih bnyak ilmu seperti
mempelancarkan bacaan al-quran.Beliau berharap agar semua makhluk ciptaanNYA menerima hidayah daripada NYA.


Kesimpulan
Pelbagai dugaan dan cabaran yang teruk untuk menjadi seorang muallaf.Sesungguhnya seseorang muallaf itu memerlukan seseorang yang sentiasa berada disampingnya untuk memberi kekekuatan kepada mereka.Mereka yang msih baru memeluk islam memerlukan bimbingan dan penerimaan daripada umat Islam.Kita sebagai umat islam seharusnya memberi sokongan yang padu untuk menerima mereka sebagai saudara baru.Ini kerana mereka menghadapi berbagai-bagai dugaan untuk setia mengekalkan ajaran Islam.sesungguhnya berakhlak baik sesama manusia  tambahan pula terhadap saudara baru adalah hubungan yang baik di antara umat-umat Islam dimana kita perlulah menolong mereka yang kesusahan, bersikap tolak ansur, bertanggujawab serta berkasih-kasihan.sifat mazmumah seperti penakut.pemarah,dengki dan sebagainya perlu dibuang agar saudara baru ini yang menghadapi ujian daripada Allah menghadapinya tanpa rasa takut malah memohon kepada Allah agar dipermudahkan jalan hidupnya.


BIBLIOGRAFI
1.Abdazizharjin.blogspot.com
2.Pensyarah CTU : Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin
3: Encik Jamal Perumal Bin Abdullah
4. Laman Internet: 
- http://www.google.com/search?ie=UTF-8&oe=UTF-8&sourceid=navclient&gfns=1&q=kisah+muallaf
- http://akhiezam.blogspot.com/2010/05/maksud-muallaf-belum-masuk-islam-tp.html